Want your
own Fotopage?











 


By: Nur Ima Mohd Yusop

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 1-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Popia basah

dah siap untuk dimakan
belum letak kuah
dah letak kuah
Quote:

kulit popia
600g tepung gandum
1 biji putih telur
3 cups water (750ml)

cara-caranya:
1.campurkan semua bahan dan uli sehingga sebati.
2.rehatkan adunan selama 2 jam
3.panaskan pan non-stick tanpa minyak
4.ambil sedikit adunan sebesar bola golf
5. bulatkan adunan dihujung jari
6. letakkan bola golf diatas non stick pan dan tarik perlahan-lahan adunan supaya melekat di pan dalam bentuk membulat dari bahagian luar ke dalam.
7. pastikan kulit popiah dibuat senipis yang mungkin.
8.bila sudah masak(tak melekat di pan) angkat dan tutup dengan kain lembap supaya kulit sentiasa lembut.




buat kulit ni memang thrill betul nak dapatkan kulit yg betul2 nipis & tak berlubang.maybe next time ima boleh letakkan gambar cara2 nak buat kulit ni. ni first time buat so tak sempat nak ambik gamba sebab kena concentrate betul2 buat kulit ni....

kuah popia
bahan A
25g cili kering
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
25g udang kering

bahan B
100g kismis (dimesin hingga menjadi paste)
50g bawang goreng (dimesin hingga menjadi kerisik)
2 keping biskut marie (dimesin halus)

bahan C
125g gula
2 teaspoon garam

25g asam jawa(campurkan dengan sedikit air)
1/3 cup air

cara-caranya:
1.Bahan A dimesin hingga halus
2.panaskan minyak.
3. tumiskan bahan yg dimesin sehingga garing.
4.apabila sudah naik minyak, masukkan air asam jawa.
5. biarkan campuran garing dan naik minyak.
6. masukkan air.
7. masukkan bahan B dan kacau hingga semua bahan sebati.
8. masukkan bahan C dan biarkan mendidih.


inti popia
bawang putih
sengkuang
carrot
kacang buncis
sos tiram
garam
gula
sedikit kunyit untuk warna
cara:
panaskan minyak dan tumis bawang putih.masukkan sayur-sayuran dan bahan perasa secukup rasa.masukkan sedikit air untuk sup.bila dah siap toskan kuah sup dan simpan untuk dimakan nanti.
penyediaan: sapukan kuah pada kulit. letakkan inti sedikit bersama dengan bawang goreng, telur dadar yg dihiris nipis & udang yg telah digoreng. balut popiah....bila nak makan, potong popia kepada 3@4 bahagian.letakkan sikit kuah sup atas popiah. sapu kuah popia dan taburkan bawang goreng.



kak ida.....saya terpaksa belaja gak buat kulit nih, kalau tidak tak dapet la nak makan popiah basah.kat tg malim ni memang le takde kulit je jual....yang dah siap ade le.macam akak senang la sebab boleh beli yg siap.demi husband tercinta....terpaksa la kita tekun berdiri kat dapur dan menenyeh tepung tu kat kuali.

kita angkat bendera putih bab nak wat kulit popiah nie Thu 3-May-2007 14:40
Posted by:ida isk  - [Link]
hi ima.....op la ni. dah ada 2 boys yerk ...ensem lak tu.
kita baru satu jerk....hehehehe. keep in touch.
Tue 12-Jun-2007 00:22
Posted by:mummy_hana su_fia@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 28-Apr-2007 23:58 Email | Share | | Bookmark
Masak bersama chef ribena & chef arman

chef arman & chef ribena
 
 


Quote:
Rojak (Pasembor)

bahan A
25g serbuk cili
75g asam jawa
1700 ml air

Bahan B
150 ml minyak masak
375g bawang besar- dihiris nipis
250g kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk dengan kulitnya sekali
40g bijan-digoreng tanpa minyak
25g biskut marie- ditumbuk halus
425g gula
5 sudu teh garam

cara-caranya:
1. bancuhkan serbuk cili dengan air asam jawa(asam jawa + 1700ml air).Biarkan selama lebih kurang 15 minit.
2. panas minyak masak.tumiskan bawang besar hingga betul2 garing (hitam tapi tidak la sampai hangit).
3 . masukkan bancuhan serbuk cili dan asam jawa.
4. Bila sudah mendidih masukkan kacang tanah, biskut marie dan bijan.kacau sambil masukkan bahan2 supaya tak berketul.
5. masukkan garam dan gula secukup rasa.

cucur udang:
250g tepung gandum
1 biji telur
200g udang kecil
200g taugeh
kuchai
garam
air secukupnya

bahan2 dibancuh dan digoreng deep fry.

ulam-ulamannya:
timun
sengkuang
telur
taugeh-dicelur
cucur udang



resepi ni mencabar sikit sebab nak kena balancekan masam dan manis dia.
dah tiga kali ima buat tapi tak menjadik sebab bawang dia tak betul2 garing so nanti kuah dia rasa bawang mentah. so bila menumis bawang kena make sure betul2 garing.
kuantiti asam jawa bergantung kepada tahap kemasaman asam, kalau tak berapa masam boleh doublekan kuantitinya.
bijan tu setelah digoreng tanpa minyak,masukkan dalam lesung dan lenyekkan sedikit supaya bijan pecah2 sikit.




ni sebenarnya resepi my mother.this weekend dia ada kat my house.so apalagi.....ima ambik kesempatan ni mendownload resepi habis-habisan.buat pasembor ni pun dia yang supervise....tq mak.luv u so much.

Teruja tengok makanan......

Hai....Looking for branded children clothing, feel free to drop by at our small home-based online shoppe http://shop4shopaholics.fotopages.com
.....tiap-tiap hari ada baju baru kat sini!!!....sudi-sudi kan...
Sun 29-Apr-2007 06:16
Posted by:s4s shoppe4shopaholics@gmail.com
Add comment


Thursday, 19-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
choc muffin- improvised version of mummyjam's recipe

 
 
Quote:
chocolate chip muffins
65 g melted butter
100g sugar
150g self raising flour
2 eggs
2 tablespoons cocoa powder
25g melted chocolate
60g milk

method:
1. sift dry ingredients into a bowl. In another bowl, mix eggs,melted butter and milk.
2. Combine the wet ingredients to the dry ingredients.
3. Fold in the melted chocolate.
4. Bake in a preheated oven of 180 Degree for 20-25 minutes.


kak ida.....tq. nilah la first time ima buat muffin menjadik dari segi rasa dan rupa. dah berapa kali buat asyik keras la, leper la....nilah pertama kalinya...alhamdulillah.dah dapat formula yg betul utk buat muffin.muffin ni saya bake dalam convection oven.dah berapa kali buat dalam oven gas, muffin tak naik dan merekah macam ni. my husband asyik complain je...dia kata apa muffin ibu tak merekah macam muffin kat kedai?tak puas hati betul kena komen camtuh...so try la pakai microvawe oven.alhamdulillah menjadik.maybe sebab dia pakai fan kut sebab tu merekah.gambar dia tak cantik sebab pakai camera hp. digital rosak la.takpela...apepun janji sedap dimakan.

PERCUMA! ClixSense BAYAR ANDA Untuk Lihat Webpages Mereka
Caranya...
- Daftar di ClixSense.com secara PERCUMA.
- Log in dan klik butang 'Browse Ads'
- Setiap page yang anda browse akan ditunjukkan selama 30 saat. Anda akan menerima antara US1 cents hingga US$5 untuk setiap page yang anda lihat.
- Setiap bulan pihak ClixSense akan mengirimkan cek kepada anda untuk tugasan/aktiviti yang telah anda lakukan.
MUDAH BUKAN? Untuk pendaftaran secara PERCUMA, sila klik http://www.clixsense.com/?2106264
Thu 19-Apr-2007 00:26
Posted by:Klicker  - [Link]
walaaaaaaaaaaaaa cedap muffin tu Thu 19-Apr-2007 00:49
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
wah.. wah.. ima.. tak lama lagi fp ima pun akan jadi fp cam mamafami, kak liza & friends.. huhuhu.. (kalu ima upload sumer resepi yg ima cuba laa) huhuhu.. ima.. fatin teringat ayam masak ape ntah yg ima masak dulu masa kiter sama2 kat tepen.. kalu ima ade resepi.. letak la or email kat fatin leh? nak cuba laa.. huhuhu.. masa kelas english ker bila ntah ima masak.. ima, fatin alk teringin nak anak laki pulak.. huhuhu.. tp maybe Allah Maha Mengetahui.. anak perempuan skang pun cam bersilat kat rumah.. kekkeke.. nanti lama2 biasa dah, ade la pulak rezeki anak lain jantina utk kiter nih ima.. insya-Allah.. mudah2an.. Fri 20-Apr-2007 07:00
Posted by:Fatin nur_fateen@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 18-Apr-2007 17:51 Email | Share | | Bookmark
latest pic of arman n imran

 
arman yang dah bulat macam muffin
 
View all 6 photos...
susah betul ibu nak ambik gambar diorang sekarang ni....adik kalau nak ambik gambar dia nanti dia datang dekat sgt sampai nampak lubang hidung je.arman pulak mesti nak buat muka tak senonoh. tengok la arman sekarang......


sejak dua menjak ibu rajin menexperimen memasak ni, makin gebu dia.....muka pun dah jadik makan muffin. kalau ibu buat roti tu....dua biji sekali dia makan. muffin pun sama. takut lak rasa nak masak sedap2.kang jadik makin gebu lak anak ibu sorang nihh....adiknya pulak.terbalik. susah betul nak makan sekarang.kalau nasik beriani tu laju la dia makan.bukan main lagi anak ayah ni.takkan la ibu nak masak beriani hari2. tapi sejak ibu terjumpa fp mamafami, kak liza & frens....ibu seronok sangat sebab ibu dapat blaja banyak resepi baru utk dimasak utk anak2 dan suami tercinta.kalau dulu dalam freezer tu ayik ada nugget, hotdog & benda yg seangkatan dengannya....sekarang ni freezer ibu penuh dgn roti & muffin je. ibu dah tak beli benda2 tu semua sebab semuanya banyak perasa tiruan & additives. lebih baik la yg kita buat sendiri.lebih berkhasiat. mcm arman dia x suka makan buah & sayur tapi kalau muffin blueberry dia makan.so boleh lah cover utk vit c dia.adik pulak x suka makan nasi tapi kalau roti yg ibu buat dia makan.so di sini ibu nak ambik kesempatan nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada mamafami, kak liza, kak ida & frens yg sudi berkongsi resepi yg sedap2 belaka.tq very much!!!!

Quote:

kak ida......kalau dari awal2 dah buat maka akan semakin debab la arman.takut kang terover kembang lak kang....

alahaiiiiiiiiiiiii untungnya kalau kena dari awal2 kan tentu anak2 lagi tembam kan.. akak dulu pun mcm tu jugak malas masak tapi dah ada fotopages nie semangat tu sentiasa mekar tu pun dpt semangat dari mamafami dan kak liza jugak serta kawan2 yang lain tu... semua org kat fotopages nie baik2 dan tak kedekut ilmu semuga allah mencurahkan rezeki dan kesihatan kepada semua dan kita terus dpt berkongsi ilmu kan Thu 19-Apr-2007 00:51
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 11-Apr-2007 17:05 Email | Share | | Bookmark
orange cake ibu mertuaku...

sorry la ye....resepi je.gambonye takde.camera ada masalah sikit. resepi ni sebenarnya ima dapat from my mother in law.resepi dia simple je tapi rasa dia marvellous. my mum suka sangat kek ni.kalau nak datang tg malim, mesti order punye. my two heroes pun suka jugak.imran tak berapa suka sgt benda masnis2 tapi surprisingly dia suka kek oren ni. so nilah resepinya.....

kek oren
bahan-bahannya:
250g butter
1/2 cup margerine
1 1/2 cup castor sugar
5 eggs (separated)
1 teaspoon orange/vanilla essence
2 1/2 cup self raising flour
1/2 cup plain flour
1 orange ( juice & rind): juice - 1/3 cup

cara-caranya:
1.ayak semua bahan kering.
2.pukul butter, margerine dan gula sampai kembang.
3.masukkan telur kuning satu persatu dan pukul setiap kali telur dimasukkan.
4.masukkan esen oren / vanilla.
5.pukul putih telur hingga ringan.
6.masukkan tepung yg telah diayak berselang seli dengan telur putih dan jus oren.
7. bakar di dalam oven 180 degree sehingga masak.


kuantiti gula bergantung kepada tahap kemanisan orange yg digunakan.kalau orange manis 1 1/2 cup sahaja.kalau masam 1 3/4 cup.lupa lak.kulit oren masukkan lepas pukul butter, gula & telur.


akan kkliza cuba satu ari nanti..sebab kkliza mmmg suka kek orennnn... n YQ for sharing the cake... Wed 18-Apr-2007 23:28
Posted by:hanieliza  - [Link]
kalau sempoi2 nie kena cuba nie , biasa lee akak nie ada penyakit "M" Thu 19-Apr-2007 00:56
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 15-Mar-2007 00:08 Email | Share | | Bookmark
buns!!!!!

sardine bun
sardine bun
mexican bun
View all 5 photos...
alhamudlillah.....at last dapat idea cammana nak mengatasi keboringan kat umah sebab ayah busy sangat. while browsing the net, terjumpa la pulak mamafami punya fotopage.....dia punye respi semuanya tempting giler!paling best dia ada banyak resepi untuk buns...ibu rasa syoknye tak terkata sebab ayah selalu cakap yang maktok pandai buat roti.dia selalu sangat mention sampai ibu rasa tercabar untuk carik resepi and buat roti. alhamdullillah..at last jumpa jugak source yg reliable.kalau resepi dalam magezine ni tak boleh pakai especially untuk kek. the first resepi yg ibu try is mexican bun a.k.a Roti Boy. dulu masa kecik-kecik memang ibu suka sangat makan roti ni.alhamdullillah my first try berjaya. pas kelurakn dari oven arman tak sabar2 nak makan.arman memang camtu.kalau apa2 dia yg sibuk dulu pastu makan tak seberapa.so bila dah sejuk sikit ibu pun bg la dia makan....habis sebiji dia makan pastu nak lagi....so total semua yg dia makan 1 1/2 biji.takpe la berbaloi ibu bersusah payah kat dapur memasak sambil bersilat ngan dua hero ni.



second resepi : sardine bun. guess what? arman makan 2 biji yang bulat n 1 yang roll tu.sambil dia makan dia cakap " sedapnya roti itu"....sejuk betul hati ibu dengar . ayah cakap nasib baik la ibu arman reti la membuat roti-roti ni.

melihatkan betapa seronoknya arman makan....ibu makin bersemangat nak mencuba resepi baru. bagus jubak sibuk2 masak ni.at least boleh gak hilangkan boring terperap kat umah. ayah sibuk sekarang. sambil memasak arman n imran pun sibuk kat ibu uli roti diorang pun sibuk nak tolong jugak. at last sorang makan tepung...sorang makan butter.takpela....janji we have fun together.



Terima kasihlah kerana sudi mencuba resipi di page mama ye...Cantik je warna buns yang ibu Arman buat....tentu seronok bila anak-anak makan dengan berselera ye. Mama ni memang suka experiment bread recipes....sama-samalah kita menimba ilmu... Mon 26-Mar-2007 12:15
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Selamat berkenalan dan selamat datang kedunia fotopages memang tak rugi singgah kat fotopages nie banyak yang kita belajar darinya.. akak dulu pun tak minat sangat nak masak tapi dah ada fotopages nie laju sikit lagi2 dah tengok mamafami punya mcm2 resepi ada . Akak tinggal kat Blok D gurney height, No D112, suami akak orang fofular kat gurney height nie Pengerusi Persatuan Penduduk Blok C & D so kalau datang gurney height singgah umah akak ya nanti kita leh sama2 masuk dapur Sun 15-Apr-2007 11:25
Posted by:idaisk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 24-Feb-2007 07:00 Email | Share | | Bookmark
Newcastle dalam kenangan

tak dapat perform kat sini, ambik gamba pun jadik la
winter 2003
 
View all 8 photos...

Care to comment?


Saturday, 24-Feb-2007 06:48 Email | Share | | Bookmark
Family day Jabatan Muzik Upsi 2005 kat Pangkor

arman & kasih sofea
ayah & uncle zamros
 
View all 6 photos...
gambar ni dah lama tapi ni baru nak upload.2006 nyer family day takde gambar.

wah arman dan adik dia pun dah besar panjang.....ada rezeki nanti jumpa lagi...ada nak dapat adik lagi ker??....umie n yazid Sun 1-Apr-2007 22:30
Posted by:ArkitekLandskap07  - [Link]
Add comment


Friday, 19-Jan-2007 14:41 Email | Share | | Bookmark
dua orang budak boring...

 
lightning mcqueen arman
 
View all 6 photos...
sian arman ngan imran......ayah tengah busy sangat sekarang. pagi ayah pegi keje, diornag belum bangun. petang ayah balik keje dah dekat maghrib, pastu keluar balik.ayah balik malam diorang dah tido.....nasib baik la ibu tak keje.kalau tidak tak tahu la apa nasib dua beradik ni. dah dua minggu kitorang terperap je kat rumah.kalau la boleh ternak kulat, dah bergunung agaknya.

asm ima..comelnya hero2 tu together...sama2lah kita ada dua heroes yek ima..harap nanti blh jumpe kitorang balik mesia insyaAllah thn nie..take care ima.. Sun 11-Feb-2007 10:47
Posted by:adam & harris
Add comment


Friday, 12-Jan-2007 19:04 Email | Share | | Bookmark
Cartooon.......

citer yg cute sangat
imran: where's the baby?
cartoon pertama yg arman tengok sampai ibu nak termuntah
View all 8 photos...
bagus jugak rasanya jadik mak di zaman serba canggih ni. ada astro....ada dvd. dua benda ni la jadik penyelamat untuk ibu. kalau nak masak ataupun kemas rumah ke, ibu akan on tv dan bukak la apa2 citer untuk dua orang hero ni. dapatlah buat keje tanpa gangguan kejap.semua cartoon yg ada kat rumah ni rasanya dah bole hafal semua jalan citer dia termasuklah dialog dia skali.Yang menghairankannya....imran yg kecik tu pun boleh hafal jalan citer dia.arman memang tak yah cakap la....dia bukannya concentrate sgt tengok citer.sambil naik basikal dia boleh cakapkan dialog citer tu.Kat sini ibu nak masukkan carta movies yg arman & imran suka tengok:
1. Flubber (latest....walaupun citer ni dah basi)
2. Happy Feet
3. Ice Age
4. Over The Edge
5. Cars
6. Finding nemo
7. The Incredibles
8. Toy story
9. A Bug's life
10. Monsters, Inc.
11.herbie


ima,sama laaa...bagus gak diorg suka tgk dvd kartun2 ni, aku bleh kemas2 umah while diorg kusyuk ngadap tv.anak aku yg 1st,shaq dh siap pandai pasang dvd sendiri.bobot (toy story), fish (nemo & shark tale),kiddie (monster inc),ayonn (lion-the wild),kaw (cars),shrek.. ..yg adik lak, siap dh cam muzik citer ape.. mcm2 , best kan tgk diorg tgh nk membesar ni... Mon 9-Apr-2007 03:25
Posted by:jaja  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.